- Iklan -
Berita

Bantahan meningkat, Ismail sertai penentangan terhadap Zahid untuk sokong Anwar sebagai PM

Naib presiden Umno turut menyertai bantahan pemimpin parti terhadap isyarat presiden yang mahu mengangkat Pengerusi PH Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob ketika pertemua dengan pemimpin utama Pakatan Harapan bersama Ahmad Zahid Hamidi awal hari ini.
Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob ketika pertemua dengan pemimpin utama Pakatan Harapan bersama Ahmad Zahid Hamidi awal hari ini.

Perdana menteri sementara Ismail Sabri Yaakob kini turut menyertai gelombang bantahan yang disuarakan pemimpin Umno terhadap Ahmad Zahid Hamidi susulan tindakan presiden parti itu yang sedang berusaha mendapatkan sokongan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi menyokong Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Naib presiden Umno itu menghantar mesej peribadi menyatakan pendiriannya dalam kumpulan WhatsApp pemimpin bahagian parti, mengatakan beliau akan menentang sebarang tindakan untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

 "Saya sedia dipecat. Tetap tidak akan bersama PH,"  kata Ismail, dalam sebuah tangkap layar yang disiarkan oleh anak perempuannya, Nina Sabri di Instagram.

Mesej itu dihantar oleh beliau pada 1.32 tengah hari tadi, sejurus selepas beliau menyertai Zahid dan pemimpin Umno lain untuk bertemu Anwar dan beberapa pemimpin utama PH di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

ismailsabri_whatsapp_21112022

Pendirian Ismail itu dilihat senada dengan Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein yang turut menyatakan kesediaannya untuk dipecat kerana menolak kerjasama dengan PH.

Terdahulu, ketua Umno bahagian turut berkumpul di Kuala Lumpur untuk menyatakan bantahan mereka terhadap rundingan Zahid dengan Anwar, mengatakan ia melanggar ketetapan yang dibuat oleh perwakilan Umno tahun lalu yang tidak memutuskan tiadak kerjasama dengan Anwar atau DAP.

Zahid kini berdepan tekanan hebat daripada pimpinan Umno dan akar umbi parti itu supaya beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi BN dan presiden Umno selepas parti itu mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya umum Sabtu lalu.