Anwar jumpa pemimpin BN ketika masa makin suntuk ke Istana
GPS dan dan GRS sudah mengumumkan sokongan mereka kepada Muhyiddin Yassin, calon perdana menteri Perikatan Nasional.
Terkini
Pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang diketuai oleh Anwar Ibrahim sedang mengadakan perbincangan dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) di sebuah hotel di sebelah ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur, ketika masa semakin suntuk sebelum pukul 2 tengah hari yang ditetapkam Istana Negara untuk parti politik menyerahkan nama ahli-ahli Parlimen mewakili majoriti bagi pembentukan kerajaan baru.
Pertemuan ini berlaku berikutan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gerakan Rakyat Sabah (GRS) memberikan sokongan mereka kepada pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin, selain penentangan ahli Parlimen BN terhadap pengerusi mereka, Ammad Zahid Hamidi yang memberi amaran bahawa beliau mempunyai kata putus dalam menentukan sebarang kerajasama dengan gabungan lain untuk membentuk kerajaan.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
