- Iklan -
Berita

Kes harian catat 2,450 jangkitan, 5 lagi terkorban

27,156 kes aktif direkodkan di mana 92.9% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pelajar Universiti Putra Malaysia, Serdang memakai pelitup muka ketika berada di kampus bagi melindungi diri dari Covid-19.
Pelajar Universiti Putra Malaysia, Serdang memakai pelitup muka ketika berada di kampus bagi melindungi diri dari Covid-19.

2,450 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,965,66 kes.

Sebanyak 3,000 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,901,917.

Ketika ini, 27,156 kes aktif direkodkan di mana 25,217 atau 92.9% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara 1,848 (6.8%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 91 kes dan 63 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Lima lagi kes kematian dicatatkan termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,593 orang.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.