- Iklan -
Berita

Hari pengundian Padang Serai ditetapkan 7 Disember

Penamaan calon akan diadakan pada 24 November.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya menyelesaikan persediaan akhir di pusat pengundian di Arau bagi pilihan raya yang akan diadakan esok. Gambar: Bernama
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya menyelesaikan persediaan akhir di pusat pengundian di Arau bagi pilihan raya yang akan diadakan esok. Gambar: Bernama

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Abdul Ghani Salleh hari ini berkata hari pengundian bagi Padang Serai akan ditangguhkan kepada 7 Disember berikutan kematian calon Pakatan Harapan di kerusi itu.

Beliau berkata pengundian bagi kerusi Parlimen itu perlu dijadualkan semula, dan tidak akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 esok.

Penamaan calon Padang Serai pula akan diadakan pada 24 November.

Ahli PKR M Karupaiya meninggal dunia pada 16 November, beberapa hari sebelum pilihan raya umum yang dijadualkan pada 19 November

Karupaiya berdepan pertandingan enam penjuru melawan Hamzah Abd Rahman (Pejuang), C Sivaraaj (Barisan Nasional), Azman Nasrudin (Perikatan Nasional), Mohd Bakhri Hashim (Warisan) dan calon bebas Sreanandha Rao.