- Iklan -
Berita

PAS rela jadi pembangkang dari bekerjasama dengan kerajaan tak bersih, kata Hadi

Presiden PAS berkata parti itu mempunyai prinsip dan mahu kepimpinan bersih untuk menerajui kerajaan pasca PRU15.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden PAS Abdul Hadi Awang. Gambar: Bernama
Presiden PAS Abdul Hadi Awang. Gambar: Bernama

PAS rela menjadi pembangkang jika Perikatan Nasional (PN) gagal mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata Presidennya Abdul Hadi Awang.

Beliau berkata parti itu mempunyai prinsip dan mahu kepimpinan bersih untuk menerajui kerajaan pasca PRU15.

"Kita sanggup jadi pembangkang, PAS jadi pembangkang berpuluh-puluh tahun tak jadi masalah. Kita tak mahu kerajaan tak bersih. Kita berprinsip, kita bukan parti yang hanyut," katanya kepada pemberita selepas Program Santai Petang Bersama Presiden PAS di Cheng di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan mengenai kenyataan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkenaan gabungan antara PN dan Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan selepas PRU15 jika kedua-dua pihak gagal mendapat majoriti mudah membentuk kerajaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 November ini sebagai hari pengundian bagi PRU15.