- Iklan -
Berita

Rekod mingguan kes baru Covid turun 13.4%

Bilangan kes sembuh pada ME 45 turut meningkat sebanyak 38.5% kepada 28,704 kes berbanding 20,718 kes pada minggu sebelumnya.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan mengambil sampel bagi ujian swab Covid-19. Kes kematian meningkat pada minggu lalu sebanyak 82.8% berbanding minggu sebelumnya.
Petugas kesihatan mengambil sampel bagi ujian swab Covid-19. Kes kematian meningkat pada minggu lalu sebanyak 82.8% berbanding minggu sebelumnya.

Kes baru Covid-19 di negara ini menurun 13.4% kepada 23,045 kes pada minggu epidemiologi ke-45 (ME 45/2022) iaitu dari 6 hingga 12 November, berbanding 26,577 kes pada ME sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata kes kematian pula meningkat sebanyak 82.8% dari 29 kes kepada 53 kes.

Katanya, bilangan kes sembuh pada ME 45 turut meningkat sebanyak 38.5% kepada 28,704 kes berbanding 20,718 kes pada minggu sebelumnya.

"Purata kes aktif setiap hari bagi ME 45/2022 meningkat sebanyak 1.7% (33,449 kes kepada 34,033 kes) berbanding ME 44/2022," katanya.

Beliau berkata secara kumulatif sebanyak 4,946,583 kes baru Covid-19 dicatatkan sejak ME 4/2020 iaitu 25 Januari 2020 hingga ME 45/2022 (12 November 2022), sementara kes sembuh yang direkodkan adalah sebanyak 4,879,195 kes.

Dr Noor Hisham berkata kumulatif kes kematian yang dicatatkan bagi tempoh sama adalah sebanyak 36,546 kes dan kumulatif kluster ialah 7,134 kluster dengan 49 kluster masih aktif.

Mengenai kemasukan pesakit ke hospital dan pusat rawatan Covid-19 berisiko rendah (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk, beliau berkata secara keseluruhannya meningkat 14.4%. 

Beliau berkata jumlah kemasukan ke hospital awam bagi kategori satu (tidak bergejala) dan dua (bergejala) meningkat sebanyak 15.2%. 

Selain itu, jumlah kemasukan bagi Kategori Tiga (mempunyai radang paru-paru), Empat (perlu bantuan oksigen) dan Lima (perlu alat bantuan pernafasan) pula meningkat 16.2%, kata Dr Noor Hisham.