- Iklan -
Berita

PKR pecat Tian Chua kerana bertanding di Batu sebagai calon bebas

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata ahli veteran PKR itu 'melanggar dasar parti'.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Tian Chua (tiga dari kiri) mengangkat tangan bersama calon-calon lain di pusat penamaan calon Parlimen Batu di Kuala Lumpur hari ini.
Tian Chua (tiga dari kiri) mengangkat tangan bersama calon-calon lain di pusat penamaan calon Parlimen Batu di Kuala Lumpur hari ini.

Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini berkata ahli veteran Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua dipecat kerana mengambil keputusan untuk bertanding di kawasan Parlimen Batu.

"Kami memecatnya (Tian Chua)  kerana beliau membantah dasar parti, beliau bertanding sebagai calon bebas," kata Anwar dipetik The Malaysian Insight di luar pusat penamaan calon Tambun di Perak.

Tian Chua, yang memegang kerusi Batu dari 2008 hingga 2018 hilang kelayakan bertanding pada pilihan raya umum sebelum ini kerana dikenakan denda RM2,000 berhubung kes mahkamah.

Beliau kemudiannya menyokong calon bebas, P Prabakaran, yang menggantikan beliau bertanding atas tiket PKR dan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14.

Prabakaran menyertai PKR tidak lama selepas kemenangannya di Batu.

Pada PRU kali ini, Prabakaran menjadi calon Pakatan Harapan (PH) untuk mempertahankan kerusinya. 

Beliau akan berdepan sembilan calon lain termasuk Tian Chua, yang akan bertanding di kerusi itu sebagai calon bebas.

"Malangnya Tian Chua memilih jalan ini. Saya tidak fikir seorang reformasi patut berbuat begini,” kata Anwar seperti dipetik berkata.

"Kita perlu mengambil tindakan yang perlu seperti biasa, mereka yang bertanding sebagai calon bebas atau meninggalkan parti atas apa juga alasan, akan dipecat.”

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.