- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 4,300 jangkitan, 1 lagi terkorban

35,539 kes aktif direkodkan di mana 95.3% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pelajar Universiti Putra Malaysia, Serdang memakai pelitup muka ketika berada di kampus bagi melindungi diri dari Covid-19.
Pelajar Universiti Putra Malaysia, Serdang memakai pelitup muka ketika berada di kampus bagi melindungi diri dari Covid-19.

4,361 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,918,917 kes.

Sebanyak 3,429 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,846,897.

Ketika ini, 35,539 kes aktif direkodkan di mana 33,874 atau 95.3% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara dan 1,592 (4.5%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 73 kes dan 53 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Satu kes kematian dicatatkan menjadikan keseluruhan korban akibat wabak itu sebanyak 36,481 orang.