Pemimpin MIC tak hadir acara pengumuman calon BN
Mereka dipercayai kecewa kerana tidak diberikan peruntukan kerusi yang adil dalam PRU15 kali ini.
Terkini
Pemimpin MIC, yang merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) hari ini tidak hadir dalam acara pengumuman barisan calonnya yang akan bertanding Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November depan, di mana mereka dipercayai kecewa kerana tidak diberi peruntukan kawasan yang adil untuk bertanding.
Presiden MIC, SA Vigneswaran dan timbalannya, M Saravanan dilihat tidak hadir dalam acara itu yang dihadiri Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi bagi mengumumkan barisan penuh calon gabungan tersebut.
Sementara itu, beberapa laporan mengatakan bahawa parti tersebut akan mengadakan mesyuarat tergempar esok bagi memutuskan isu penyertaan mereka dalam pilihan raya.
Sebelum ini, MIC dipercayai menyerahkan 10 nama calon kepada BN.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.