Tony Fernandes keluar AirAsia X
Pemfailan Bursa Malaysia berkata beliau mempunyai ‘komitmen lain’ dan tidak mempunyai sebarang perselisihan dengan lembaga pengarah.
Terkini
AirAsia X hari ini mengumumkan peletakan jawatan Tony Fernandes sebagai ketua pegawai eksekutifnya, atas faktor mempunyai "komitmen lain”.
Pengumuman yang difailkan di Bursa Malaysia itu mengatakan Fernandes tidak mempunyai sebarang perselisihan dengan lembaga pengarah, dan tiada perkara yang perlu dibawa kepada perhatian pemegang saham.
Fernandes dilantik semula sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif AirAsia X pada 8 Julai tahun ini.
Sebelumnya, beliau merupakan pengarah syarikat penerbangan tambang murah jarak jauh itu.
Beliau mengambil peranan tersebut sebagai tambahan kepada jawatannya yang merupakan pengarah bukan eksekutif AirAsia X.
MENYUSUL LAGI
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.