- Iklan -
Berita

Malaysia berdepan gelombang kecil Covid akibat varian XBB

Empat kes subvarian XBB ditemui di negara ini setakat 27 Oktober lalu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang petugas kesihatan mengambil sampel dalam ujian swab bagi mengesan virus Covid-19.
Seorang petugas kesihatan mengambil sampel dalam ujian swab bagi mengesan virus Covid-19.

Malaysia sedang berdepan gelombang kecil peningkatan kes Covid-19 susulan penemuan subvarian Omicron XBB di negara ini, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata berdasarkan data harian, bilangan kes baru Covid-19 meningkat sebanyak 16.5%, iaitu dari 14,525 kes pada minggu epidemiologi (ME) 42 kepada 16,917 kes pada ME 43 (23 hingga 29 Okt).

Khairy berkata jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke fasiliti kesihatan (hospital awam) bagi setiap 100,00 penduduk juga menunjukkan peningkatan sebanyak 14.3% pada ME 43 berbanding ME 42.

“Kita mengesyaki yang mendorong trend kenaikan ini ialah subvarian XBB yang jadi punca gelombang di Singapura yang telah ambil masa tiga hingga empat minggu untuk menurun.

"Barangkali kita juga berdepan dengan jangkitan varian XBB dengan empat kes telah dikesan sehingga 27 Oktober lepas,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.