- Iklan -
Berita

Shafee bebas pertuduhan kes gubah wang haram RM9.5 juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Peguam Muhammad Shafee Abdullah.
Peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan peguam Muhammad Shafee Abdullah daripada pertuduhan pengubahan wang haram dan dua pertuduhan membuat pengisytiharan palsu berhubung cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam penghakiman hari ini, mahkamah berkata bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap peguam Najib Razak itu.

Shafee didakwa atas dua pertuduhan melibatkan diri dengan pengubahan wang haram iaitu dengan menerima hasil daripada aktiviti haram, masing-masing berjumlah RM4.3 juta dan RM5.2 juta melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Najib yang telah dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh.

Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.