- Iklan -
Berita

Polis panggil Tommy Thomas berhubung kenyataan dalam forum

Kenyataan bekas peguam negara di ibu negara September lalu dikatakan berbaur perkauman.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas peguam negara Tommy Thomas di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dalam gambar fail Julai 2018. Gambar: AFP
Bekas peguam negara Tommy Thomas di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur dalam gambar fail Julai 2018. Gambar: AFP

Polis akan memanggil bekas peguam negara Tommy Thomas yang didakwa menyentuh isu berbaur perkauman dalam sebuah forum, bulan lepas, untuk dirakam percakapan.

Setiausaha PDRM Noorsiah Saaduddin berkata Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) Michael Jeyakumar Devaraj yang turut hadir dalam forum berkenaan juga akan turut dipanggil bagi membantu siasatan.

“Siasatan akan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Sebelum ini, dilaporkan polis menerima aduan mengenai kenyataan Tommy dalam ucapannya di forum bertajuk Dark Forces Towards GE15 yang diadakan pada 17 September lepas anjuran Dewan Perniagaan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini.

Kedua-duanya merupakan antara ahli panel forum itu.