- Iklan -
Berita

Kes harian kekal lepasi 2,000 jangkitan, tiada kematian dicatat

23,881 kes aktif direkodkan di mana 95.8% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa penumpang memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19 ketika menunggu ketibaan tren komuter di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur.
Beberapa penumpang memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19 ketika menunggu ketibaan tren komuter di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad Jalan Sultan Hishamuddin, Kuala Lumpur.

2,023 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,865,480 kes.

Sebanyak 1,699 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,805,184.

Ketika ini, 23,881 kes aktif direkodkan di mana 22,882 atau 95.8% daripadanya menjalani kuarantin kendiri.

Tiada pesakit di pusat kuarantin sementara 965 (4%) kes dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 34 kes dan 20 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Tiada kematian dicatatkan menjadikan kes keseluruhan kekal sebanyak 36,415 orang.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.