PRU15 tetap diteruskan, negeri berhak bubar DUN bila-bila masa, kata PM
Bagaimanapun, Ismail Sabri Yaakob mengesyorkan ia boleh diadakan secara serentak.
Terkini
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diteruskan meskipun terdapat beberapa negeri yang enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN), kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata semua negeri berhak untuk membubarkan DUN masing-masing pada bila-bila masa.
“(Bagaimanapun), saya mencadangkan dan mengesyorkan jika boleh diadakan secara bersama (pembubaran Parlimen dan DUN) tetapi keputusan telah dibuat oleh enam negeri.
“Jadi pilihan raya (PRU15) akan diteruskan seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Loji Rawatan Air Kompak Chin Chin 3 hari ini.
Semalam, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat memutuskan untuk mengekalkan pendirian tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Artikel Berkaitan
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.
