- Iklan -
Berita

Tarikh PRU15 antara agenda ketika mengadap Agong, kata PM

Ismail Sabri Yaakob berkata beliau akan mengemukakan tarikh yang dicadangkan, jika boleh.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Gambar: Bernama
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Gambar: Bernama

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini berkata sekiranya boleh beliau akan mengemukakan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong.

Beliau menambah pertemuannya dengan Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini akan menumpukan perkara berkaitan Kabinet, di mana perkara lain akan dibincangkan jika mempunyai kesempatan.

Menurutnya, perbincangan itu mungkin mengambil masa yang panjang memandangkan banyak perkara yang akan diterangkan selain perlu menerima pesanan daripada Sultan Abdullah.

Semasa ditemui Bernama selepas meninjau persiapan Bajet 2023 di Kementerian Kewangan hari ini, Ismail yang ditanya sama ada tarikh pembubaran Parlimen akan dibawa pada majlis menghadap hari ini berkata: “Tak pasti lagi nak bawa atau tak. Kalau bincang hal Kabinet panjang sangat, pasal Kabinet sahaja.”

Ditanya mengenai agenda “tambahan atau khusus” semasa menghadap Agong, Ismail berkata: “Kita tengok, kalau bincang sampai Maghrib tak sempat nak bincang hal lain”.

Ismail dijangka menghadap Seri Paduka pada pukul 4 petang ini di Istana Negara.