- Iklan -
Berita

Penulis lirik terkenal Bob Lokman meninggal dunia

Beliau meninggal dunia kira-kira 3 petang tadi dipercayai akibat komplikasi jantung.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Penulis lirik, pelakon dan pelawak Mohd Hakim Lokman meninggal dunia akibat komplikasi jangtung. Gambar: Facebook
Penulis lirik, pelakon dan pelawak Mohd Hakim Lokman meninggal dunia akibat komplikasi jangtung. Gambar: Facebook

Penulis lirik, pelakon dan pelawak Mohd Hakim Lokman atau lebih dikenali Bob Lokman, 58, meninggal dunia di kediamannya di Kubang Kerian, di sini, hari ini.

Beliau meninggal dunia kira-kira 3 petang tadi dipercayai akibat komplikasi jantung.

Adiknya, Nazir Hakim Lokman, 32, ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu.

“Jenazah dijangka dikebumikan selepas solat Isyak di Tanah Perkuburan Islam  Pulau Hilir Kubang Kerian,” katanya.

Bob Lokman meninggalkan seorang balu, Relawati Daud dan tujuh anak.

Beliau terkenal sebagai penulis lirik beberapa lagu popular seperti Isabella dendangan kumpulan Search dan Taman Rashidah Utama nyanyian Wings.