- Iklan -
Berita

Bekas presiden MIC Samy Vellu meninggal dunia

Mendiang menghembuskan nafas akhir pada usia 86 tahun.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas presiden MIC S Samy Vellu. Gambar: Bernama
Bekas presiden MIC S Samy Vellu. Gambar: Bernama

Bekas presiden MIC S Samy Vellu meninggal dunia awal pagi tadi pada usia 86 tahun.

Samy Vellu, yang merupakan ahli Parlimen Sungai Siput dari September 1974 hingga Mac 2008, adalah presiden MIC paling lama memegang jawatan itu selama 31 tahun.

Beliau juga turut pernah menjadi anggota Kabinet, berkhidmat sebagai menteri kerja raya dari Jun 1983 hingga Jun 1989,  dan dari Mei 1995 hingga Mac 2008.

Beliau juga pernah memegang portfolio sebagai menteri tenaga, telekomunikasi dan pos dari Jun 1989 hingga Mei 1995, dan menteri kerja raya dan kemudahan awam dari September 1979 hingga Jun 1983.

Ketika dihubungi Bernama, bekas presiden MIC S Subramaniam berkata beliau dimaklumkan Samy Vellu meninggal dunia dalam tidurnya.

"Sumbangan beliau kepada negara dan masyarakat India akan kekal dalam ingatan kami," kata Subramaniam dalam catatan Facebook hari ini.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.