Azalina letak jawatan sebagai penasihat khas PM
Beliau diberikan notis sebulan seperti yang dimaklumkan dalam surat peletakan jawatannya dan tidak akan bertugas lagi di Pejabat Perdana Menteri kerana bercuti mulai hari ini.
Terkini
Azalina Othman Said menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai penasihat khas undang-undang dan hak asasi manusia kepada perdana menteri, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) hari ini.
Dalam sebuah kenyataan, PMO berkata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menerima surat bertarikh 29 Ogos itu dengan notis sebulan seperti yang dimaklumkan dalam surat berkenaan.
"Notis sebulan diberikan bertujuan menyelesaikan kerja-kerja yang berkaitan dengan kakitangan beliau, namun dalam tempoh itu, Azalina tidak lagi bertugas di Pejabat Perdana Menteri kerana diberi cuti mulai 1 September sehingga tamat notis pada akhir September," tambahnya.
Ahli Parlimen Pengerang itu mencetuskan kecaman ramai selepas bulan lalu mencadangkan supaya Ismail menggantikan peguam negara kerana ia berada di bawah bidang kuasanya.
"Siapa jadi perdana menteri, dia mesti jadikan peguam negara orang dia,” katanya ketika menghadiri perhimpunan khas di mana beberapa pemberi ucapan bergilir mengecam keputusan Mahkamah Persekutuan 23 Ogos lalu untuk menghantar bekas perdana menteri Najib Razak ke penjara selepas gagal dalam rayuan kes penyelewengan dana SRC International.
Azalina yang meletakkan jawatan sebagai timbalan speaker Dewan Rakyat ketika negara menghadapi kelompongan kuasa adalah antara ahli Parlimen Umno yang bersekutu dengan Najib bagi menarik balik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sehingga beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.
