- Iklan -
Berita

Najib tiba di Penjara Kajang untuk jalani hukuman

Bekas perdana menteri itu dibawa menaiki kereta SUV berwarna hitam dari Istana Kehakiman Putrajaya.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Sebuah SUV hitam membawa bekas perdana menteri Najib Razak dari Putrajaya ke Penjara Kajang.
Sebuah SUV hitam membawa bekas perdana menteri Najib Razak dari Putrajaya ke Penjara Kajang.

Bekas perdana menteri Najib Razak tiba di Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun berikutan keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan pertuduhan dan hukuman berhubung kes SRC International.

Najib tiba pada pukul 6.15 petang menaiki SUV berwarna hitam diiringi beberapa buah kenderaan lain dari Istana Kehakiman Putrajaya.

Terdahulu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman bagi pertuduhan menyelewengkan RM42 juta dana SRC International. 

Najib disabitkan bersalah dan dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020. 

Hukuman itu kemudiannya dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021.