- Iklan -
Berita

Keputusan STPM 2021 keluar 18 Ogos

Calon persendirian boleh menyemak keputusan mereka melalui SMS atau dalam talian.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia boleh mengambil slip keputusan bermula 12.00 tengah hari di sekolah masing-masing.
Calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia boleh mengambil slip keputusan bermula 12.00 tengah hari di sekolah masing-masing.

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hari ini mengumumkan keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2021 akan dikeluarkan pada Khamis, 18 Ogos 2022.

Semua calon boleh mendapatkan slip keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 12.00 tengah hari.

Dalam pada itu, bagi calon persendirian, keputusan mereka boleh dibuat menggunakan kaedah sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM<jarak>No.K/P<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888 

Sistem ini akan diaktifkan mulai jam 11.00 pagi pada 18 Ogos 2022 (Khamis) sehingga jam 12.00 tengah hari pada 28 Ogos 2022 (Ahad) 

Mereka juga boleh melakukan semakan dalam talian melalui pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK