Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin diterima sertai PBB
Presiden PBB Abang Johari Openg berkata tiada syarat dikenakan bagi keahliannya.
Terkini
Ahli Parlimen Puncak Borneo Willie Mongin yang sebelum ini berkata “secara teknikal” beliau bersama Bersatu kini disahkan menjadi ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
Presiden PBB Abang Johari Openg berkata permohonan Willie diterima tanpa sebarang syarat.
“Tiada syarat,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Kuching hari ini.
"Dia jadi ahli kerana sokong PBB - itu bagus."
Pada bulan Jun, Willie berkata beliau telah mengemukakan permohonannya untuk menyertai PBB.
Beliau menyertai Bersatu susulan Langkah Sheraton pada 2020.
Beliau bertanding di kerusi Puncak Borneo dengan tiket PKR pada pilihan raya umum 2018.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.