- Iklan -
Bisnes

Pakar perubatan selar kehadiran pelobi syarikat tembakau menjelang pembentangan RUU kawalan rokok

Dr Helmy Haja Mydin mengingatkan ahli Parlimen supaya tidak terpesong daripada usaha memastikan sifar tabiat merokok bagi generasi masa depan Malaysia.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dibentangkan di Parlimen Hari ini.
Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dibentangkan di Parlimen Hari ini.

Seorang pakar perubatan mengecam kehadiran pegawai beberapa syarikat tembakau di Parlimen hari ini pada hari yang sama Kementerian Kesihatan membentangkan rang undang-undang bagi membanteras tabiat merokok dari usia muda.

Dr Helmy Haja Haja Mydin turut mengingatkan ahli-ahli Parlimen supaya tidak terpesong daripada usaha untuk memastikan sifar tabiat merokok bagi generasi masa depan Malaysia.

“Jika anda seorang ahli politik yang berjuang supaya wujud ketelusan dalam dana politik, maka jika ada maruah isytiharkan sebarang konflik kepentingan dengan industri tembakau.

“Tiada pilih kasih," katanya dalam sebuah hantaran bebenang Twitter.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin membentangkan Rang Undang-Undang Kawalan Tembakau dan Merokok yang dikenali sebagai undang-undang generasi penamat rokok (GEG) di Dewan Rakyat hari ini.

Jika diluluskan, ia bakal melarang tabiat merokok dan pemilikan produk tembakau dan vape bagi mereka yang lahir selepas 2007.

Sebelum ini, Khairy berkata pelaksanaan GEG dalam RUU itu adalah untuk melindungi mereka yang dilahirkan selepas 2005 dari terlibat dengan tabiat merokok dan ketagihan, selain bagi mengurangkan kadar perokok di Malaysia kepada kurang daripada 5% pada 2040.

Tahun akhir kelahiran itu kemudiannya dipinda kepada 2007.