- Iklan -
Berita

Kes harian rekod 3,300 jangkitan, 9 lagi terkorban

51 pesakit dimasukkan ke ICU dan 28 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pelawat antarabangsa memakai pelitup muka ketika menaiki tren KLIA ke balai ketibaan selepas pintu sempadan antarabangsa dibuka semula 1 April lalu.
Pelawat antarabangsa memakai pelitup muka ketika menaiki tren KLIA ke balai ketibaan selepas pintu sempadan antarabangsa dibuka semula 1 April lalu.

3,300 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,654,941 kes.

Sebanyak 5,227 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,572,712.

Ketika ini, 46,316 kes aktif direkodkan, dengan 44,732 atau 96.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 21 (0.0%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,512 (3.3%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 51 kes dan 28 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 62.1% dengan kes Covid-19 merangkumi 13.5%.

Sembilan lagi kematian dilaporkan termasuk tiga kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan sebanyak 35,914 orang.