- Iklan -
Berita

3 direman termasuk bekas CEO berhubung rasuah RM24 juta

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya.
Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Putrajaya.

Tiga individu termasuk bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah bank direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah lebih RM24 juta.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh majistret Mohd Dinie Shazwan Ab Shukor terhadap seorang wanita yang merupakan bekas CEO berusia lingkungan 50-an, lelaki berusia 58 tahun yang tidak bekerja dan perunding kewangan yang berusia 53 tahun, selepas SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Menurut sumber, ketiga-tiga individu itu ditahan di SPRM Putrajaya kira-kira 6 petang semalam ketika hadir memberi keterangan.

Sumber berkata mereka disyaki menerima rasuah berjumlah lebih RM24 juta sebagai balasan meluluskan pinjaman dibuat oleh sebuah syarikat tempatan berjumlah lebih RM294 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.