Air pasang besar dijangka berlaku hari ini hingga Ahad
Pusat Hidrografi Nasional menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada di kawasan pantai di seluruh negara.
Terkini
Penduduk di kawasan pesisir pantai di seluruh negara disarankan agar berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini hingga Ahad.
Menerusi satu hantaran di Twitter, Pusat Hidrografi Nasional (PHN) memaklumkan fenomena itu berlaku disebabkan dipengaruhi oleh daya tarikan graviti bulan dan matahari.
Sementara itu PHN dalam laman Facebooknya menasihatkan orang ramai supaya sentiasa memantau keadaan cuaca semasa dan merujuk kepada agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai.
“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran agar peka dan berwaspada berdepan fenomena ini. Sila pantau keadaan cuaca semasa dan rujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai,” demikian menurut PHN.
Maklumat lanjut mengenai lokasi ramalan pasang surut tersebut boleh dilayari di https://hydro.gov.my/ramalanpasangsurut/ .
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
