- Iklan -
Berita

Perikatan Nasional akan perkenal logo baru hadapi PRU15

Menurut Pengerusi PN Muhyiddin Yassin, logo sedia ada akan ditambah baik dengan simbol yang sesuai untuk digunakan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bendera Perikatan Nasional yang dikibarkan ketika Pilihan Raya Negeri Melaka tahun lalu.
Bendera Perikatan Nasional yang dikibarkan ketika Pilihan Raya Negeri Melaka tahun lalu.

Perikatan Nasional (PN) akan memperkenalkan logo baru untuk digunakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata ia susulan terdapat cadangan untuk mengubah suai logo sedia ada semasa Mesyuarat Majlis Tertinggi gabungan itu, kira-kira dua minggu lepas.

"Logo sedia ada sudah baik tetapi kita akan buat penambahbaikan dan ada simbol-simbol yang digunakan.

"Jadi logo yang sesuai akan diperkenalkan dan dimaklumkan kepada pihak SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya)," katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Kenduri Rakyat Aidiladha Perikatan Nasional Negeri Perak di Kampung Manjoi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai PAS yang membayangkan tidak menggunakan logo PN dan bulan purnama untuk calonnya pada PRU15.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata parti itu akan menggunakan simbol baru dan sesuai untuk semua calonnya bagi menghadapi PRU akan datang.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata PAS telah memaklumkan mahu mencari logo yang bersesuaian dengan PN dan ia sedang diusahakan oleh setiausaha agung gabungan itu Hamzah Zainudin.

Pada 3 Julai lepas, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata keputusan untuk menggunakan logo PN pada PRU15 masih belum dimuktamadkan.

Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi

Artikel Berkaitan

Tiada artikel ditemui.