- Iklan -
Berita

Lebih 1,400 mangsa banjir Baling dipindah ke PPS

Setakat ini, 70 buah rumah penduduk didapati rosak susulan bencana tersebut.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Sebuah rumah ditenggelami air dan tanah yang dibawa arus berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kilat di Kampung Iboi, Kupang, Baling. Gambar: Bernama
Sebuah rumah ditenggelami air dan tanah yang dibawa arus berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan banjir kilat di Kampung Iboi, Kupang, Baling. Gambar: Bernama

Seramai 1,424 mangsa banjir daripada 93 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi sekitar Kupang, Baling setakat 8.00 malam tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Baling Rasidah Kassim dalam satu kenyataan memaklumkan mereka ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai, Surau An-Nur di Taman Mesra Kupang dan SMK Agama Yayasan Khairiah.

Beberapa kampung sekitar Kupang dilanda banjir kilat selepas hujan berterusan selama beberapa jam menyebabkan air melimpah dari Sungai Kupang dan memasuki rumah penduduk.

Dalam pada itu, tujuh rumah musnah akibat dihanyutkan arus deras manakala kira-kira 70 lagi rosak susulan bencana berkenaan.