- Iklan -
Berita

Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia keluar 30 Jun ini

Semakan keputusan peperiksaan itu juga boleh dibuat secara dalam talian.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Calon STAM boleh mengambil keputusan di sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi 30 Jun.
Calon STAM boleh mengambil keputusan di sekolah masing-masing bermula pukul 10 pagi 30 Jun.

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2021 akan dikeluarkan pada 30 Jun ini.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan semalam memaklumkan calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan dari sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi manakala bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.

“Di samping itu, calon sekolah dan persendirian juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian di pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2021 mulai pukul 10 pagi pada 30 Jun hingga 6 petang pada 6 Julai.

“Selain itu, kaedah secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM 2021 dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888 akan diaktifkan mulai pukul 10 pagi pada 30 Jun hingga 6 petang pada 6 Julai,” menurut kenyataan itu.