- Iklan -
Berita

Jabatan kesihatan siasat kematian bayi baru lahir di Sabah

Pengarah Kesihatan Sabah Dr Rose Nani Mudin dalam kenyataan hari ini berkata siasatan itu akan dijalankan secara terperinci dan telus oleh JKN.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ibu kepada bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan lanjut serta kaunseling oleh pihak hospital pada masa ini. Gambar: Pexels
Ibu kepada bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan lanjut serta kaunseling oleh pihak hospital pada masa ini. Gambar: Pexels

Jabatan Kesihatan Sabah sedang menyiasat kes kematian bayi baru lahir di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah, Likas di sini pada Ahad lepas yang tular di media sosial.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Rose Nani Mudin dalam kenyataan hari ini berkata siasatan itu dijalankan secara terperinci dan telus oleh JKN Sabah.

Beliau berkata ibu kepada bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan sedang diberi rawatan lanjut serta kaunseling oleh pihak hospital pada masa ini.

“Terlebih dahulu pihak JKN Sabah ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga bayi ini.

“Pihak JKN Sabah mengambil perhatian serius mengenai kejadian ini dan sedang menjalankan siasatan terhadap semua maklum balas yang diterima bagi tujuan menambah baik mutu perkhidmatan kami,” katanya.

Semalam, tular di media sosial dakwaan seorang wanita yang merupakan anggota keluarga kepada ibu dan bayi berkenaan menuntut siasatan dilakukan bagi mengetahui sama ada terdapat unsur kecuaian dalam kejadian tersebut.