- Iklan -
Berita

32.2% kanak-kanak lengkap divaksinasi, 47.7% terima dos pertama

Sementara itu, 68.4% populasi dewasa telah menerima suntikan dos penggalak.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang ibu sedang merakam gambar kenang-kenangan dua anaknya selepas  menerima vaksin pada Program Imunisasi Covid19 Kanak-Kanak di PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.
Seorang ibu sedang merakam gambar kenang-kenangan dua anaknya selepas menerima vaksin pada Program Imunisasi Covid19 Kanak-Kanak di PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.

Seramai 1,142,104 atau 32.2% kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sejumlah 1,693,589 atau 47.7% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi kumpulan remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sebanyak 2,911,511 atau 93.6% telah lengkap divaksin, manakala 3,008,137 atau 96.7% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, 16,090,222 atau 68.4% orang dewasa di negara ini telah menerima suntikan dos penggalak, 22,973,842 atau 97.6% telah lengkap dua dos suntikan vaksin dan 23,250,188 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 13,331 dos harian diberikan semalam meliputi 3,050 suntikan penggalak, 4,172 dos kedua dan 6,109 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 70,855,556.

Portal Github KKM melaporkan tiga kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan dua kes di Johor dan satu kes di Perak.