- Iklan -
Berita

Iklan Facebook kini tersedia di Pusat Penjual Shopee

Ia disediakan kepada penjual terpilih di tujuh pasaran semasa fasa awal pelancarannya.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Shopee merupakan platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Gambar: Facebook
Shopee merupakan platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Gambar: Facebook

Platform e-dagang Shopee mengumumkan penyediaan iklan Facebook atau “Facebook Ads” yang di Pusat Penjual Shopee platform itu beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Dalam sebuah kenyataan, syarikat e-dagang yang mempunyai lebih 20 juta penjual di platformnya berkata iklan yang disediakan itu akan melibatkan penjual terpilih pada fasa awal pelancaran dan akan diperluaskan pada bulan-bulan akan datang.

Menurutnya, penyediaan integrasi Facebook Ads akan memperkasakan penjual sekali gus membolehkan mereka meningkatkan keberadaan perniagaan dalam talian dengan memanfaatkan saluran Facebook, Instagram dan Audience Network demi membantu membawa masuk lebih banyak trafik ke kedai Shopee mereka.

“Dengan 95% pengguna Shopee bergantung pada Facebook dan Instagram untuk menemui jenama dan produk baru.

“Facebook Ads turut membolehkan personalisasi yang lebih banyak bagi iklan yang disiarkan berdasarkan pilihan dan tingkah laku pengguna di platform, sekali gus menggalakkan pembelian dan memaksimumkan pertumbuhan jualan,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Kempen Pemasaran Shopee Malaysia Kenneth Soh berkata kerjasama antara platform e-dagang itu bersama Meta bagi melancarkan Facebook Ads akan memberi impak positif yang besar kepada para penjual.

“Ia sememangnya merupakan sesuatu penambahan yang signifikan bagi mereka.

“Mereka kini mampu mengembangkan iklan produk kepada aplikasi dan laman web lain, dengan ini meningkatkan pangkalan pelanggan mereka,” katanya lagi.

Menurut Kenneth, Shopee akan terus mengembangkan lebih banyak kerjasama sedemikian bagi membuka peluang yang lebih besar dalam menambah baik perniagaan dan kemahiran digital.

Facebook Ads bersama Shopee mula diperkenalkan pada 2019 di mana hanya beberapa jenama dapat menjalankan dan mengurus kempen jualan mereka melalui platform Facebook.

Sejak dilancarkan, banyak jenama telah meningkatkan perniagaan menggunakan ciri tersebut, menghasilkan secara purata 5 kali ganda pulangan atas perbelanjaan iklan (ROAS) merentas semua kategori pada separuh kedua 2021.

Dalam pada itu, Pengarah Meta Singapura Damian Kim berkata ketika ini, adalah amat penting bagi perniagaan menjangkau dan mendekati pelanggan mereka terutamanya apabila tingkah laku membeli-belah terus berubah secara drastik.

“Penemuan digital kekal penting dalam memacu permintaan dan jualan, dan saya dengan pelancaran Facebook Ads menerusi Pusat Penjual Shopee akan menjadi enjin yang membolehkan ribuan penjual mempunyai akses yang saksama dan lebih mudah untuk memanfaatkan Facebook Ads yang akan menghubungkan mereka dengan pelanggan baru.”

Pengintegrasian Facebook Ads di Pusat Penjual Shopee membolehkan proses penyertaan dengan sendiri atau self-onboarding yang dipermudahkan.

Ia direka bagi menawarkan proses pengurusan kempen yang lancar dari awal hingga akhir kepada para pengguna.

Selain daripada menjimatkan masa untuk melancarkan kempen melalui Pusat Penjual Shopee, penjual juga dapat menambah nilai dan membayar kredit iklan dengan mudah tanpa perlu meninggalkan platform selain dapat mengakses prestasi kempen Facebook Ads bagi mengoptimumkan hasil jualan.