- Iklan -
Berita

Proses permohonan kerakyatan bawah kerajaan persekutuan, bukan negeri, kata menteri Sarawak

Fatimah Abdullah berkata isu kewarganegaraan tidak dibincangkan dalam proses penurunan kuasa kepada kerajaan negeri ketika ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Fatimah Abdullah, isu kewarganegaraan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Gambar: Bernama
Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Fatimah Abdullah, isu kewarganegaraan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan. Gambar: Bernama

Kerajaan Sarawak tidak dapat menentukan tempoh untuk memproses permohonan kewarganegaraan kanak-kanak tanpa kerakyatan di negeri itu kerana perkara tersebut terletak di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Fatimah Abdullah berkata walaupun menjadi hasrat kementeriannya untuk melihat proses itu dapat disegerakan, ia sedang dilakukan oleh kementerian dalam negeri dan perkara itu tidak dibincangkan di bawah penurunan kuasa sekarang.

“Isu kewarganegaraan walaupun merujuk kepada Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC), MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) serta Perlembagaan Persekutuan telah dipersetujui untuk menjadi perkara persekutuan,” katanya ketika menjawab pertanyaan Ding Kuong Hiing. (GPS-Meradong) pada persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Ding ingin tahu sama ada kerajaan negeri bercadang untuk mempercepatkan proses menangani isu kanak-kanak tanpa kerakyatan selain hanya mengeluarkan dokumen sementara kepada mereka berikutan penubuhan semula jawatankuasa khas bagi status kewarganegaraan.

Fatimah berkata jawatankuasa khas itu ditubuhkan pada 2016 bagi memudahkan pertimbangan permohonan kerakyatan yang diterima di Sarawak.