Malaysia gesa Israel bertanggungjawab pembunuhan wartawan Al Jazeera
Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata pembunuhan itu jelas memperlihatkan jenayah terus dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.
Terkini
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan wartawan Shireen Abu Aqleh, di Jenin di wilayah diduduki di Tebing Barat.
Menteri Luar Saifuddin Abdullah dalam catatan Twitternya pada Khamis berkata pembunuhan itu amat tidak wajar dan kejam yang jelas memperlihatkan jenayah berterusan dilakukan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.
“Israel mesti bertanggungjawab sepenuhnya,” katanya.
Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada keluarga beliau dan rakyat Palestin, kata Saifuddin.
Shireen Abu Akleh, 51, bertugas sebagai wartawan Al Jazeera ditembak mati ketika membuat liputan serbuan Israel di bandar Jenin pada Rabu. Seorang lagi wartawan, Ali Al-Samoudi turut cedera ditembak, menurut kementerian kesihatan Palestin.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
