PM Sri Lanka Mahinda Rajapaksa letak jawatan
Anak lelakinya Yoshita Rajapaksa dilaporkan berlepas ke Singapura semalam.
Terkini
Perdana Menteri Sri Lanka Mahinda Rajapaksa meletak jawatan pada Isnin ketika protes anti kerajaan masih berterusan.
“Berkuat kuasa serta-merta saya meletakan jawatan sebagai perdana menteri,” ciapnya di Twitter.
Sebelum ini media melaporkan Presiden Gotabaya Rajapaksa, adik kepada Mahinda, meminta beliau berundur bagi menyelesaikan krisis ekonomi yang sedang melanda.
“Krisis ekonomi yang kita hadapi memerlukan penyelesaian ekonomi, pihak pentadbiran komited untuk selesaikannya,” kata Mahinda dalam catatan media sosial sebelum ini.
Sambil mengakui bahawa kemelut kian memuncak di Sri Lanka, beliau menggesa rakyat “untuk bersabar dan mengelak daripada melakukan keganasan.”
Sementara itu, Yoshitha Rajapaksa, anak lelaki Mahinda Rajapaksa berlepas ke Singapura pada Isnin, lapor media Sri Lanka.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.
