- Iklan -
Berita

21.4% kanak-kanak lengkap divaksinasi, 42.3% terima dos pertama

Sementara itu, 68.1% populasi dewasa telah menerima dos penggalak.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Gelagat seorang kanak-kanak sebelum petugas kesihatan dari Megaklinik Zahran memberi vaksin kepadanya di PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.
Gelagat seorang kanak-kanak sebelum petugas kesihatan dari Megaklinik Zahran memberi vaksin kepadanya di PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.

Sebanyak 761,309 atau 21.4% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,504,066 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 42.3% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,889,620 individu atau 92.9% telah lengkap vaksinasi manakala 2,988,492 atau 96.1% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,020,386 individu dewasa atau 68.1% telah menerima dos penggalak manakala 22,965,472 atau 97.6% melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,242,030 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 34,376 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 6,906 dos pertama, 22,782 dos kedua dan 4,688 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,158,087.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, 13 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan angka tertinggi iaitu tiga kes, diikuti Kedah dan Perak masing-masing dengan dua kes manakala satu kes masing-masing di Melaka, Pahang dan Pulau Pinang.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi