- Iklan -
Berita

Saya sedia lepas jawatan, kata Muhyiddin selepas kekalahan PRN Johor

Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata beliau bertanggungjawab ke atas keputusan PRN Johor hari ini.

Ahmad Mustakim Zulkifli
1 minit bacaan
Kongsi
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.
Pengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin sedia melepaskan jawatannya dalam gabungan itu selepas prestasi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

Katanya, kedudukannya itu ditentukan oleh parti-parti komponen mengikut lunas demokrasi.

“Saya bersedia lepaskan jawatan bila-bila masa, kerana kedudukan saya atas persetujuan parti-parti komponen.

“Kalau menang saya bertanggungjawab, kalah pun saya bertanggungjawab,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PN di Senai, Johor malam ini.

Ia susulan prestasi tidak memberangsangkan blok itu pada PRN Johor yang menyaksikan gabungan itu hanya memenangi tiga kerusi.

PN memperoleh kerusi DUN Maharani, Endau dan Bukit Kepong.

Ini kekalahan kali kedua PN selepas PRN Melaka.

Namun menurut ahli Parlimen Pagoh itu, PN berjaya melakukan “in-road” dan mendapat “traction” di sesetengah kawasan meskipun merupakan parti baru.

Ditanya mengenai prospek pembubaran Parlimen, Muhyiddin berkata Ismail Sabri Yaakob selaku perdana menteri diharap dapat berbincang mengenai perkara itu dengan PN sebelum membuat apa-apa keputusan.