- Iklan -
Berita

Calon SPM 2021 jalani ujian bertulis 2 Mac depan

Seramai 407, 097 akan menduduki peperiksaan itu bagi tahun 2021.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
KPM berkata calon SPM yang bakal menjalani ujian bertulis bermula 2 Mac depan perlu mematuhi SOP Covid-19 yang ditetapkan kerajaan.
KPM berkata calon SPM yang bakal menjalani ujian bertulis bermula 2 Mac depan perlu mematuhi SOP Covid-19 yang ditetapkan kerajaan.

Kementerian pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan ujian bertulis bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk tahun 2021 akan bermula pada 2 Mac hingga 29 Mac 2022.

Menurut KPM, semua calon boleh merujuk jadual waktu ujian dan maklumat mengenai tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan di laman sesawang http://lp.moe.gov.my

“Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan ke pusat peperiksaan,” kata KPM dalam satu kenyataan sambil menambah para calon SPM yang mengambil ujian itu perlu mematuhi prosedur operasi standard Covid-19 yang ditetapkan kerajaan.

“Garis panduan tersebut boleh dimuat turun dari portal rasmi KPM di https://www.moe.gov.my.”

Menurut KPM, sepanjang tempoh peperiksaan, seramai 407,097 calon akan menduduki ujian bertulis SPM bagi 2021 dengan lebih 50,514 petugas akan ditempatkan di lebih 3,000 pusat peperiksaan di seluruh negara bagi pengendalian ujian.

Bagi tahun 2020, seramai 401,105 calon SPM menduduki peperiksaan pada awal tahun lalu itu selepas ia tertangguh beberapa kali akibat penularan Covid-19.