- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 32,000 jangkitan, 46 lagi terkorban

286,521 kes aktif turut direkodkan, dengan 273,799 atau 95.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai melakukan aktiviti di ibu negara Kuala Lumpur selepas di bawah Pelan Pemulihan Negara yang memberikan kelonggaran kepada penerima vaksin lengkap.
Orang ramai melakukan aktiviti di ibu negara Kuala Lumpur selepas di bawah Pelan Pemulihan Negara yang memberikan kelonggaran kepada penerima vaksin lengkap.

32,070 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 3,337,227 kes.

Sebanyak 23,332 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,018,172.

Ketika ini, 286,521 kes aktif turut direkodkan, dengan 273,799 atau 95.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 4,356  (1.5%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 8,039 (2.8%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 327 kes dan 126 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 61.8% dengan kes Covid-19 merangkumi 38.9%.

46 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 17 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 32,534 orang.