Letupan besar mula kedengaran di ibu negara Ukraine
Menurut pihak berkuasa tempatan Ukraine, letupan itu berpunca daripada 'serangan peluru berpandu'.
Terkini
Satu letupan besar kedengaran di ibu negara Ukraine, Kyiv manakala sekurang-kurangnya dua letupan kuat menggegarkan bandar Kramatorsk di wilayah Donbas pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.
Bandar Kramatorsk kini menjadi tumpuan media asing untuk mengikuti perkembangan terkini di wilayah itu.
Letupan juga dilaporkan berlaku di bandar Kharkiv, Mariupol, Mykolaiv dan Odessa.
Menurut pihak berkuasa tempatan Ukraine, “serangan sudah bermula,” dan letupan itu didakwa berpunca daripada “serangan peluru berpandu”.
Setakat ini, tiada butiran lanjut mengenai kematian dan kecederaan akibat letupan itu.
Kenyataan rasmi mengenai penempatan tentera Rusia di wilayah yang dikawal puak pemisah pro-Rusia masih belum diperoleh.
Terdahulu, Presiden Rusia Vladimir Putin mengumumkan operasi ketenteraan khas akan dilaksanakan di Donbas.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.