KKM belum terima laporan forensik, patologi berhubung kematian remaja
Jabatan Kesihatan Selangor sedang bekerjasama rapat dengan pasukan klinikal dan forensik dalam siasatan itu.
Terkini
Kementerian kesihatan (KKM) masih belum menerima laporan penuh forensik dan patologi berhubung kematian remaja berumur 13 tahun yang didakwa meninggal dunia selepas 18 hari menerima vaksinasi Covid-19.
Ketua Pengarah KKM Dr Noor Hisham Abdullah dalam catatan di akaun Twitter berkata ketika ini Jabatan Kesihatan Selangor sedang bekerjasama rapat dengan pasukan klinikal dan forensik dalam siasatan itu.
“Saya masih belum menerima laporan penuh forensik dan patologi,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata KKM merakamkan ucapan takziah kepada ibu bapa serta anggota keluarga remaja itu.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi akaun Twitternya turut menyampaikan ucapan takziah kepada ibu bapa remaja itu dan meminta Dr Noor Hisham mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu secepat mungkin.
Sebelum ini media melaporkan bahawa ibu bapa remaja itu telah meminta supaya satu siasatan dijalankan bagi mencari punca kematian remaja berkenaan.
Lihat lebih banyak liputan kami dalam hasil carian anda.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
