- Iklan -
Berita

Warisan bakal bertanding di DUN Permas

Parti itu bagaimanapun belum mengumumkan nama calonnya yang bakal bertanding di kerusi berkenaan.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal. Gambar: Bernama
Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal. Gambar: Bernama

Warisan hari ini mengesahkan bakal bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini.

Presidennya Mohd Shafie Apdal bagaimanapun belum mengumumkan nama calon yang bakal bertanding di kerusi berkenaan.

“Ya, ini adalah kawasan yang akan (ditandingi), sebab tu saya datang,” katanya kepada pemberita selepas melawat sekitar kawasan Pasar Muafakat Sabah hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pemberita sama ada DUN Permas antara kawasan yang bakal ditandingi parti itu di PRN berkenaan.

Menurutnya beliau turun ke kawasan itu untuk berjumpa dengan ketua koordinator Warisan Johor bagi berbincang persediaannya berdepan dengan PRN Johor.

Sementara itu Shafie berkata beliau akan mengumumkan nama-nama calon yang akan bertanding pada PRN itu dalam masa terdekat dengan sebahagian besarnya calon muka baru tempatan.