- Iklan -
Berita

Mahathir dibenarkan pulang selepas jalani prosedur elektif

IJN berkata beliau akan meneruskan proses pemulihan di rumah.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang selepas seminggu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani prosedur elektif.

Dalam sebuah kenyataan, IJN berkata Mahathir berjaya menjalani prosedur itu dan dibenarkan keluar pada pukul 3.45 petang tadi.

“Beliau akan meneruskan proses pemulihannya di rumah,” katanya.

Mahathir dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur tersebut pada 7 Januari lalu, kira-kira tiga minggu selepas beliau dimasukkan ke hospital itu untuk menjalani pemeriksaan kesihatan penuh.

Beliau juga sebelum ini dimasukkan ke IJN pada 2013 dan 2016 bagi rawatan jangkitan paru-paru.