Berita
AS catat rekod tertinggi global kes harian lebih 1 juta
AS turut mencatat 1,688 kes kematian akibat Covid-19 pada Isnin.
AFP
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Terkini
Amerika Syarikat merekodkan lebih dari sejuta kes baru Covid-19 pada Isnin, menurut data dari Universiti Johns Hopkins ketika varian Omicron terus menular di negara itu.
Dalam pada itu, Johns Hopkins turut melaporkan 1,688 kes kematian dalam tempoh yang sama.
Peningkatan yang direkodkan itu berlaku sehari selepas penasihat pandemik AS Anthony Fauci berkata negara itu sedang berdepan “peningkatan yang hampir vertikal” dalam kes Covid-19 dan mungkin memuncak dalam jangka masa beberapa minggu lagi.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi
