Kes import Omicron di Indonesia meningkat
25 kes yang dikesan semasa kuarantin adalah warganya yang pulang dari Arab Saudi, UAE, Kenya, Mesir, Malawi, Malaysia, Sepanyol, Turki dan United Kingdom.
Terkini
Kes import Omicron yang pertama kali dikesan di Indonesia pada 15 Disember telah meningkatkan kepada 46 kes sehingga Ahad, kata jurucakap kementerian kesihatan Indonesia Siti Nadia Tarmidzi.
Terbaru, 25 kes yang dikesan semasa kuarantin adalah warganegaranya yang pulang dari Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kenya, Mesir, Malawi, Malaysia, Sepanyol, Turki dan United Kingdom.
Satu lagi kes melibatkan warganegara Nigeria dan seorang pekerja kesihatan tempatan bertugas di pusat isolasi di Wisma Atlet, Jakarta Utara.
“Saat ini sebagian besar telah menjalani kuarantin di Wisma Atlet dan sebahagian lagi di Rumah Sakit Penyakit Infeksi Sulianti Saroso,” katanya lagi.
Beberapa kes dikesan setelah mereka menjalani kuarantin wajib lebih dari tiga hari membuktikan 10 hari adalah tempoh tepat untuk mencegah varian itu menular keluar daripada pusat isolasi.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
