Dr M dibenar pulang tidak lama lagi, kata IJN
IJN berkata bekas perdana menteri itu telah menyelesaikan semua pemeriksaan kesihatan yang diperlukan selepas beliau dimasukkan ke institut itu pada 16 Disember.
Terkini
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dijangka keluar dari hospital dalam masa beberapa hari lagi, kata Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.
Dalam sebuah kenyataan, IJN berkata Mahathir menyelesaikan pemeriksaan kesihatan yang diperlukan selepas kemasukannya pada 16 Disember lalu.
“Pasukan doktor yang merawat Mahathir berpuas hati dengan keputusan pemeriksaan yang dilakukan sejak beberapa hari lalu,” katanya.
Mahathir, 96, kali terakhir dimasukkan ke IJN pada Ogos 2016 bagi rawatan jangkitan paru-paru.
Sebelumnya, beliau dimasukkan ke IJN pada November 2013, juga bagi menjalani rawatan jangkitan yang sama, beliau kemudian dibenarkan pulang beberapa hari kemudian.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
