Operasi carilamat mangsa bot karam di pesisir pantai diteruskan
19 mayat telah dijumpai setakat ini, manakala 17 mangsa lagi dipercayai masih hilang.
Terkini
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot karam di Tanjung Balau, Kota Tinggi, diteruskan malam tadi, meliputi pencarian di kawasan pesisir pantai Tanjung Siang ke Tanjung Balau.
Menurut Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), 17 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam operasi berkenaan yang bermula pada pukul 7 malam tadi.
“Pencarian pantai ini akan dilakukan berterusan selagi operasi carilamat (SAR) tidak ditamatkan,” kata PHC.
Bagaimanapun operasi SAR di laut menggunakan aset pada malam tadi ditangguhkan atas faktor kesukaran penglihatan.
Terdahulu, tujuh mayat mangsa bot karam ditemui di Tanjung Balau semalam, menjadikan 19 mayat telah dijumpai setakat ini, manakala 17 mangsa lagi dipercayai masih hilang.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.