45 lagi korban Covid, jumlah keseluruhan cecah 30,240
Daripada jumlah itu, 10 daripadanya adalah kes kematian sebelum tiba di hospital.
Terkini
Sebanyak 45 lagi kematian akibat Covid-19 dilaporkan pada 26 November, menjadikan jumlah keseluruhan korban di seluruh negara sebanyak 30,240.
Menurut data Github kementerian kesihatan, 10 atau 22.2% daripada kes dicatat semalam merupakan kematian sebelum tiba ke hospital (BID).
Sabah dan Perak mencatatkan jumlah kematian tertinggi sebanyak lapan kes atau 17.8%.
Ia diikuti Johor yang mencatat lima kematian atau 11.1%.
Kelantan, Pahang, Selangor dan Kuala Lumpur melaporkan empat kematian, tiga kes di Terengganu dan Sarawak, dan satu kes di Perlis dan Negeri Sembilan.
Tiada kes dicatatkan di Kedah, Melaka, Pulau Pinang, Putrajaya dan Labuan.
Setakat semalam, 76.8% populasi negara telah lengkap divaksinasi.
Menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, tiada kes kematian akibat suntikan vaksinasi Covid-19.
Sebanyak 5,501 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 2,614,480.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
