Sarawak catat korban Covid-19 tertinggi
28 kematian dilaporkan hari ini termasuk 25 kematian tertunggak sejak 30 September.
Terkini
Sarawak hari ini melaporkan 28 kematian akibat Covid-19 termasuk kes tertunggak, angka kematian harian tertinggi sejak pandemik melanda negeri itu tahun lalu.
Jawatankuasa pengurusan bencana negeri itu berkata 25 kematian adalah kes tertunggak dengan sembilan dilaporkan pada 10 Oktober, tujuh pada 8 Oktober, dua pada 7 Oktober dan satu pada 30 September.
Menurut data kementerian kesihatan Github, jumlah pesakit Covid-19 unit rawatan rapi (ICU) di Sarawak meningkat sejak Ogos lalu, dengan menempatkan 108 kes aktive.
Kemasukan pesakit di Hospital dan penggunaan katil ICU kekal menunjukkan trend meningkat sejak Ogos.
Sarawak juga turut menyaksikan peningkatan jumlah pesakit yang memerlukan bantuan alat pernafasan sejak Ogos.
Menurut laman sesawang CovidNow, daripada keseluruhan 108 pesakit di ICU, 48 memerlukan bantuan alat pernafasan.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.