Berita
Sasaran 90% vaksinasi dewasa semakin hampir
89.4% dewasa telah menerima vaksinasi lengkap semalam.
Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
- Iklan -
Terkini
21,104,896 individu atau 89.4% populasi dewasa di seluruh negara lengkap divaksinasi setakat semalam.
Sementara 24,384,831 atau 94.7% populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin termasuk suntikan vaksin dos tunggal CanSino.
Dari segi populasi keseluruhan, 64.6% telah lengkap divaksinasi sementara 74.7% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sejumlah 174,820 dos vaksin telah diberikan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan kepada 45,379,299.
Ikuti kami di Telegram untuk kemas kini terkini: https://t.me/malaysianowbm
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Kongsi
- Iklan -